1. Seharusnya pemasang jubin dari orang yang berpengalaman. Jika dipasang org yang tidak berpengalaman,mungkin ia akan mencacatkan interior perspectif seperti tile tidak sama rata, perbezaan liang tiles tidak sama dan macam-macam lagi yang menyebabkan pemilik rumah tidak senang duduk.
2. Saiz jubin ada banyak. Ada bersais 2 kaki x 2 kaki, ada 2 kaki x 3 kaki, ada 1 kaki x 1 kaki, ada 2 inci x 4 inci. Jubin yang saiznya ekstrim, 2 kaki x 2 kaki atau jubin yang terlalu kecil adalah lebih susah dipasang daripada jubin bersaiz biasa 1 kaki x 1 kaki.
3. Jubin dinding lebih susah dipasang daripada jubin lantai.
4. Jubin ada pelbagai kualiti. Biasanya mereka akan kata " Mau 1st Grade ka 2nd Grade?"
a. Gred jubin yang baik adalah homogenous, bermakna lapisan sebelah dalam jubin sama warnanya dengan di luar. Ada kalanya sebelah dalam lapisan jubin berbeza dengan warna di luar. Jubin hitam yang tak homogenous akan kelihatan warna putihnya apabila pecah sedikit atau menjadi serpih. Ini mencacatkan warna keseluruhan jubin.
b. Saiz jubin kualiti rendah boleh berbeza-beza ukuran. Pekerja akan menghadapi masalah sekiranya jubin mempunyai kejituan saiz yang berbeza-beza. Maksudnya dalam satu saiz jubin 2 kaki x 2 kaki itu, walaupun saiz jubin serupa, tetapi ada yang sedikit besar, ada yang sedikit kecil. Bila disusun ia menjadi tidak sekata.
5. Upah memasang jubin dikira mengikut kaki. Contohnya jika keluasan yang dipasang adalah 2000 kaki persegi (20'x100') termasuk lantai dan dinding, jika upahnya RM 4.00 satu kaki, jumlah upah ialah RM 8000.00. Upah pada masa ini dalam anggaran RM 3.50 - RM 5.00 sekaki mengikut kesukaran dan kepakaran. Untuk memasang mosaic kecil di dinding bilik air atau dapur, upahnya berbeza kerana agak sukar.
6. Pilih jubin yang sesuai untuk kawasan yang dipasang. Biasanya ruang tetamu dipasang jubin licin. Di bilik air dan dapur jubin haruslah kasar untuk elakkan gelincir. Jubin di kawasan porch lebih sesuai menggunakan jubin yang kasar dan tahan lasak.
7. Apabila memasang jubin, adalah penting untuk memastikan kecerunan lantai. Gunakan timbang air jika di bilik air, kecerunan tertentu diperlukan supaya air mandian boleh turun ke lubang keluar air. Jika tidak air akan bertakung. Begitu juga di kawasan porch. Air hujan akan berkumpul di halaman sekiranya air tidak dicondongkan ke arah longkang.
ANDA BOLEH CALL KAMI DI : 016-4738704 (FADHLI)
FB KAMI : http://www.facebook.com/FsEngineering
EMAIL KAMI : fs.ent2012@yahoo.com.my
Saya ada produk baru, buatan Malaysia untuk membantu pemasan jubin membuat kerja yang cantik. Produk ini di beri percuma kerana masih dalam tahap percubaan. Untuk mendapatkan secara percuma sila email ke modernkinetics@gmail.com. Sehingga 30-06-16 atau sementara stock masih ada.
ReplyDelete